Syariat Hakikat Tarikat Makrifat

Warisan Budaya Alamiah

  • Syariat Hakikat Tarikat Makrifat


    ISLAM

  • Jumlah Pengunjung

    • 238,113 hits
  • Log Keluar / Masuk

  • Waktu Sekarang

Abah Anum – Suryalaya

Posted by Sifuli di 20 Ogos 2010

ABAH ANOM

Tokoh pertama adalah Abah Anom. Kedudukannya sebagai seorang mursyid Thariqah Qadiriyah wa Naqsyabandiyah sekaligus ulama sepuh membuatnya menjadi tempat berteduh bagi jiwa-jiwa yang dahaga. Sebagai orang tua yang telah kenyang dengan asam garam kehidupan Abah Anom dengan arif menerima kunjungan tamu-tamunya, siapapun adanya dan apapun kepentingannya. Hidupnya dengan ikhlas dipersembahkan untuk melayani umat manusia.

Belum lagi kemasyhuran pesantren Suryalaya sebagai tempat penyembuhan penagih dadah dan penyakit psikis dengan metode Islamic Hidrotherapy, dimana kaedahnya disusun oleh Abah Anom. Metode ini menggabungkan konsep cold turkey system yang diislamkan melalui mandi taubat, serangkaian shalat dengan dzikir ala Thariqah Qadiriyah wa Naqsyabandiyah. Program ini bertujuan untuk membantu program pemerintah Indonesia pada tahun 1971, ianya masih diteruskan dan dilembagakan dalam pesantren remaja Inabah.

Abah Anom yang sejak muda tidak makan daging dan selalu minum air putih itu adalah putra kelima KH. Abdullah Mubarak bin Nur Muhammad (Abah Sepuh) dari istri keduanya Hj. Juhriyah. Ia memang disiapkan ayahnya untuk meneruskan kepemimpinan thariqah di Suryalaya. Selepas pendidikan dasar(rendah) di sekolah dan pesantren orangtuanya, pada tahun 1930 Abah Anom memulai pengembaraan menuntut ilmu agama Islam secara lebih mendalam.

Diawali dengan mengaji ilmu fiqih di pesantren Cicariang Cianjur, kemudian belajar ilmu alat dan balaghah di pesantren Jambudipa Cianjur. Setelah dua tahun di Jambudipa ia melanjutkan mengaji pada ajengan Syatibi di Gentur Cianjur dan ajengan Aceng Mumu di pesantren Cireungas Sukabumi yang terkenal dengan penguasaan ilmu hikmahnya pada 2 tahun berikutnya. Kegemaran akan ilmu silat dan hikmah kemudian diperdalam di pesantren Citengah Panjalu yang diasuh oleh Ajengan Junaidi, seorang ulama ahli ilmu alat dan hikmah.

Kematangan ilmu Abah Anom di usia 19 tahun diuji dengan kepercayaan yang diberikan oleh Abah Sepuh untuk membantu mengasuh pesantren Suryalaya sampai beliau wafat pada tahun 1956 dalam usia 120 tahun. Dua tahun sebelum wafat Abah Sepuh mengangkat Abah Anom menjadi wakil talqinnya, kemudian menjadi mursyid penuh Thariqah Qadiriyah wa Naqsyabandiyah sekaligus pengasuh pesantren menggantikan Abahnya yang sering tidak sihat.

Manajer Handal

Beban tanggung jawab yang begitu berat tertumpu dibahunya di usianya yang baru mengjangkau 41 tahun, menenggelamkan Abah Anom ke dalam samudera riyadhah. Kecintaannya kepada pesantren, thariqah dan umat melarutkan hari-harinya dalam ibadah, tarbiyah dan doa.

Sepanjang sisa hidupnya Abah Anom hampir tidak pernah tidur, demikian cerita salah satu keponakan Abah Anom yang pernah mengabdi di rumahnya. Di luar kegiatan ibadah mahdlah, mengajar dan kunjungan, Abah Anom menghabiskan seluruh waktunya dengan melakukan dzikir khafi. Setiap kali datang rasa mengantuk, Abah Anom segera berwudhu dan shalat sunah lalu melanjutkan dzikirnya.

Selain berdzikir, Abah Anom juga seorang manajer yang handal. Di tangannya Suryalaya, yang dulunya pesantren kecil di tengah hutan, berkembang pesat menjadi salah satu pesantren yang sangat disegani di negeri ini. Santri (murid) dan pengikutnya yang mencapai angka jutaan tersebar di seluruh Indonesia bahkan negeri-negeri tetangga seperti Malaysia, Singapura, Thailand dan lain sebagainya. Jumlah ini mencakup sekitar 3000 santri yang bermukim untuk belajar dan kuliah di lingkungan pesantren Suryalaya, alumni, puluhan santri remaja Inabah serta jutaan ikhwan-akhwat Thariqah Qadiriyah wa Naqsyabandiyah (TQN).

Kini di usianya yang semakin senja, Abah Anom tidak lagi secara intens mendampingi santrinya. Tubuhnya yang semakin lemah tak lagi mampu mensejajari semangat dan kecintaannya kepada sesama. Karena itu beberapa tahun belakangan semua urusan pesantren dan thariqah diserahkan kepada 3 orang yang ditunjuk sebagai pemegang amanat, yang terdiri dari KH. Zainal Abidin Anwar, KH. Dudun Nur Syaidudin dan KH. Nur Anom Mubarok.

Namun demikian dengan sisa-sisa tenaga yang semakin lemah Abah Anom tetap menggagahi menerima semua tamu yang mengunjunginya dari berbagai pelosok tanah air, walau hanya sekedar dengan berjabat tangan. Juga diyakini, secara ruhaniah Abah Anom masih akan terus mengasuh jiwa-jiwa yang membutuhkan tetes demi tetes embun hikmah yang mengalir dari kejernihan telaga hatinya.

Advertisement

Satu Respons kepada “Abah Anum – Suryalaya”

  1. pakcikli00 said

    pakcikli00 berkata
    Komen anda sedang ditapis.
    21 Ogos 2010 pada 11.55p08
    0
    0
    i
    Rate This

    Quantcast

    Asalamualaikum

    ADAB BERTANYA

    Ya , memang ada ayat-ayat Al-Quranul Karim dan Hadist-Hadist sahih yang melarang seseorang itu mengemukakan soalan –soalan yang tidak berfaedah @ soalan-soalan yang bukan-bukan , ataupun larangan terhadap sebarang usaha untuk membangkitkan permasalahan-permasalahan yang sulit yang tidak kepentingannya pada kehidupan duniawi ini ataupun kepentingan ukhrawi .

    Permasalahan dan larangan ini biasanya boleh kita temui dengan mempelajari kitab-kitab Tasauf , dan juga kitab-kitab Tauhid dan Fiqh . Para Ulama’ ( rh ) meletakkan soalan jenis “ junk questions “ ini di bawah tajuk “ BAHAYA LISAN “ , “ ADAB BERTANYA “ , “ ADAB DI ANTARA MURID DENGAN GURUNYA “ , “ LARANGAN BERTANYA SOALAN YANG BUKAN-BUKAN “ dan yang seumpama dengannya .

    Jadi yang jelas , soalan-soalan yang bukan-bukan itu adalah salah-satu daripada bentuk kegelinciran lisan seseorang itu.

    Sehubungan dengan itu , Allah Ta’ala dan juga Rasul-Nya , Nabi Muhammad s.a.w telah memperingatkan kita akan bahayanya lisan seseorang itu . Di antaranya adalah sebagai mana berikut :

    Ertinya : “ Tiada satu ucapanpun yang dilafazkan itu melainkan adanya malaikat yang mencatatnya “ .

    ( 2 ) – Firman Allah Ta’ala lagi di dalam ayat ke-101 daripada Surah al-Maidah :

    Ertinya : “Hai orang-orang yang beriman !, janganlah kamu bertanya (kepada Nabimu) hal-hal yang jika diterangkan kepadamu akan menyusahkan kamu dan jika kamu menanyakan di waktu Al-Qur’an itu diturunkan, nescaya akan diterangkan kepadamu, Allah mema’afkan (kamu) tentang hal-hal itu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyantun.

    ( 3 ) – Hadist Baginda Rasulullah s.a.w :

    Ertinya : Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w pernah berkhutbah kepada kami: Wahai manusia! Allah s.w.t telah mewajibkan kepada kamu mengerjakan Haji, maka tunaikanlah Haji. Seorang lelaki bertanya: Adakah setiap tahun, wahai Rasulullah ? . Baginda hanya diam sahaja hingga lelaki tadi mengulangi pertanyaannya sebanyak tiga kali. Rasulullah s.a.w pun menjawab: Jika aku katakan Ya, tentu ianya wajib dilakukan setiap tahun dan kamu tidak mungkin mampu melakukannya. Baginda bersabda lagi: Tinggalkanlah sesuatu yang aku tidak galakkan kepada kamu. Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu ialah kerana mereka banyak bertanya dan sentiasa menyalahi Nabi mereka. Jadi, apabila aku perintahkan sesuatu kepada kamu, lakukanlah sedaya kamu dan apabila aku melarang dari melakukan sesuatu, tinggalkanlah ! . ~ Hadist Sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari ( rh ) dan Al-Imam Muslim ( rh ) .

    ## Huraian Ringkas :

    (( Tinggalkan sesuatu yang aku tidak galakkan kepada kamu )) : Ertinya : Mana-mana perkara yang masih belum ku terangkan halal ataupun haramnya , maka janganlah kamu mempersoalkan apakah hukumnya . Ataupun : Jangan sibuk-sibuk nak tahu akan sesuatu perkara yang tidak ku terangkan mengenai halal – haramnya .

    ((Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu ialah kerana mereka banyak bertanya…. )) : Ertinya : Kaum terdahulu seperti Bani Israel menjadi cxlxkx lantaran banyak sangat “ loyar buruk “ mereka dan banyak “ songel “ . Apabila Nabi Musa a.s meminta mereka agar menyembelih seekor lembu , Bani Israel bertanya : “ Lembu yang bagaimana jenis dan rupanya ? “ , “ Lembu yang berwarna apa yang perlu kami sembelih ? “ , “ Lembu itu sendiri ada banyak jenis dan warna , habis tu kami perlu cari yang bagaimana secara khusus ? “ à Akibat soalan loyar-buruk Bani Israel ini telah “ memakan diri “ mereka sendiri sehingga hampir-hampir sahaja mereka tidak menemui lembu yang boleh disembelih. Jika Bani Israel itu tidak bertanya demikian , sudah tentu mana-mana sahaja lembu boleh disembelih. Untuk mengetahui kisahnya secara detail sila rujuk mana-mana kitab-kitab Tafisr yang muktabar yang membicarakan ayat 67 – 71 daripada Surah al-Baqarah .

    Hadist ini diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari rh di dalam Kitab Al-‘Ietisom Bil Kitabi Was Sunnah , Bab ke-2 ( 7288 ) dan oleh al-Imam Muslim rh di dalam Kitab al-Hajj ( 412 ) Bab : Furidhol Hajj Marratan Fil ‘Umr .

    ( 4 ) – Hadist Baginda Rasulullah s.a.w :

    Ertinya : Daripada Salman ( ra ) dia berkata : “ Baginda Rasulullah s.a.w pernah ditanya mengenai hukum minyak sapi , keju dan keldai hutan , maka Baginda s.a.w menjawabnya : Halal itu ialah apa yang dihalalkan oleh Allah di dalam kitab-Nya dan haram itu ialah apa yang diharamkan oleh Allah di dalam kitab-Nya , dan apa-apa perkara yang tidak sebut oleh-Nya , maka itu adalah salah-satu daripada apa yang dimaafkan untuk kamu “ ~ Hadis diriwayatkan oleh al-Imam at-Tirmidzie di dalam Kitab al-Libas dan oleh al-Imam Ibnu Majah rh di dalam Kitab al-At’imah .

    ## Huraian Ringkas :

    (( …. maka itu adalah salah-satu daripada apa yang dimaafkan untuk kamu )) , Ertinya : Ianya diharuskan untuk kamu memakannya ataupun memanfaatkannya .

    HURAIAN UMUM :

    Dengan meneliti beberapa ayat Al-Quranul Karim , Hadist-Hadist Baginda Rasulullah s.a.w dan beberapa pengajaran yang terkandung di dalam kitab-kitab Tauhid , Fiqh dan Tasauf , maka dapatlah kita mengetahui bahawa “BUKAN SEMUA YANG TERLINTAS DI DALAM HATI ITU BOLEH KITA JADIKAN BAHAN PERTANYAAN MELAINKAN SEKIRANYA IANYA BENAR-BENAR BERMANFAAT UNTUK KEPENTINGAN DUNIA DAN AKHIRAT “ .

    Ya , memang benar soalan itu adalah ubat membasmi kejahilan , akan tetapi bukan semua soalan itu perlu dilayan , khasnya soalan-soalan yang dikategorikan sebagai “ soalan-soalan yang patut dibakul-sampahkan “ !!.

    Di sini saya akan memberikan beberapa contoh soalan-soalan yang dikategorikan sebagai soalan-soalan yang bukan-bukan lagi yang tidak berfaedah , malahan ianya kadang-kadang boleh membawa kepada kufurnya seseorang itu – Wa Na’udzubilLahi Min Dzalik :

    “ Apakah nama Allah sebelum Dia itu bernama Allah ? “ .

    “ Allah Ta’ala telah menciptakan segala-galanya , maka siapakah pula yang menciptakan Allah ? “

    “ Apakah Allah boleh mencipta Tuhan selain-Nya yang mampu mengalahkan Zat-Nya? “.

    “ Bolehkah Allah Ta’ala mencipta seketul batu yang begitu berat sehingga Dia sendiri tidak mampu memikulnya ? “.

    “ Bolehkah Allah Ta’ala memasukkan seekor lembu ke dalam lubang jarum ? “

    “ Biasanya manusia apabila menggulung tikar, dia akan menyandarkannya ke sebatang tiang ataupun dinding , maka apabila bumi digulung esok-esok pada hari qiamat , di manakah akan disandarkannya ? “.

    “ Permata , zamrud , berlian , emas dan batu jenis apakah yang digunakan untuk membina syurga ? “.

    “ Boleh tak malaikat yang turun dalam rupa seorang khunsa ? “ .

    “ Siapakah nama Ashabul-Kahfi itu dan anjing mereka ? , dan apakah pula jenis anjing dan bakanya itu ? “.

    “ Siapakah yang benar dan salah di dalam Perang Siffin dan Perang Jamal ? “ .

    “ Air mani tu kan suci , jadi kalau suci , bila cukup 2 kolah , boleh tak digunakan untuk berwudhuk ? “ .

    “ Bagaimana dengan seseorang yang berada di Malaysia hendak dilakukan solat maghrib jika matahari pada hari itu tidak terbenam ? “ .

    “ Bolehkah dimakan seekor ayam yang dilahirkan oleh seekor babi ? “ .

    “ Apakah batal seseorang yang menghisap rokok daripada waktu sahur sambil menyimpan asap rokok tersebut di dalam mulut sampai ke waktu Zohor ? “ .

    Itulah di antara beberapa soalan daripada mereka yang konon-kononnya nak tunjuk pandai , yang mana soalan-soalan seperti itu tidak perlu dilayan sama sekali dan sekaligus ianya membodohkan diri-diri mereka sendiri .

    Termasuk di dalam kategori yang sia-sia ialah seseorang yang masih belum mempunyai kemampuan ilmu , turut “ masuk campur “ di dalam permasalahan-permasalahan yang menjadi perbincangan hangat di kalangan para ulama’ yang muktabar . Al-Hasil , orang-orang dungu yang menyangka mereka itu sama seperti ulama’ itu , turut sama berfatwa di kedai-kedai kopi dan menjadi “ Mufti Kedai Kopi “ , dan yang paling cxlxkx sekali , ada pula di kalangan mereka berlaku biadap sehingga meremehkan para ulama’ ataupun menghina mereka , hasil kebodohan manusia-manusia yang dungu dan bebal ini terhadap apakah topik perbincangan yang berlegar-legar di kalangan ulama’ muktabar itu !!! .

    Lantaran itulah , para ulama’ ( rh ) selalu berpesan kepada para pelajar yang baru mengenal ilmu-ilmu warisan Islam ini agar mengelakkan diri mereka daripada membincangkan ataupun memperdebatkan apa-apa “ topik panas “ yang menjadi bahan polemik di kalangan para ulama’ ( rh ) .

    Sehubungan dengan itu , Almarhum Syeikh Muhibbudiin al-Khatib ( rh ) pernah menyatakan bahawa , seseorang yang akan berbicara mengenai hal-ehwal pembinaan , sudah tentulah dia mempunyai keahlian di dalam bidang pembinaan itu. Dan begitulah juga seseorang itu mestilah tahu akan selok-belok ilmu kejuruteraan apabila hendak membincangkan topik tersebut. Namun yang paling malang ialah ramai pula di kalangan umat Islam yang berbicara “ semberono “ mengenai Islam , walhal kebanyakan mereka itu tidak mempunyai keahlian pun untuk membincangkannya .

    Tidak syak lagi , soalan yang bukan-bukan lagi yang tidak berfaedah itu termasuk di dalam perkara-perkara yang sia-sia , dan Baginda Rasulullah s.a.w sendiri telah mengingatkan kita dengan sabdanya :

    Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah ( r.a ) , beliau berkata : Telah bersabda Baginda Rasulullah s.a.w : “ Salah-satu daripada ciri-ciri kebaikan pada seseorang itu ialah meninggalkan perkara-perakara yang tidak sia-sia “ ~ Hadis sahih diriwayatkan Oleh Al-Imam at-Tirmidzi rh ( Kitab az-Zuhd : 2317 ) , Al-Imam Ibnu Majah rh ( 3976 ) dan Muwatta’ al-Imam Malik ( 2/ 903 ) à Lihat juga hadist ke-12 : Kitab Jami’e al-‘Ulum Wal Hikam .

    Sila Rujuk Juga : SJ – 2211 : MISTERI ANGKA 12 DI DALAM KALIMAH TAUHID 😉 di url : http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB8&Number=10200
    Dan : Diskusi Qadha’ – Qadar di http://al-ahkam.com.my/forum/showflat.php?Cat=&Board=UBB1&Number=8767

    Mudah-mudahan jawapan ini ada manfaatnya untuk kita semua . Amin Ya Rabbal ‘Alamin .

    wasalam

    RUJUKAN DAN SARANAN PEMBACAAN :

    1 – FATHUL BARI SYARH SAHIH al-IMAM al-BUKHARI ( RH )
    Kitab al-‘Ietisom Bil Kitabi Was Sunnah , Bab ke-2 , Hadist ke-7288
    Oleh : Syeikhul Islam Al-Imam al-Hafidz Ibnu Hajar al-‘Asqolani ( rh )
    Terbitan : Darul Fikr , Beirut

    2 – FATHUL MUN’IM SYARH SAHIH al-IMAM MUSLIM ( RH )
    Bab ke – 347 , Jilid ke-5 , halaman 389
    Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Musa Syahin Lasyin ( ha )
    Terbitan : Darul Shurook , Kaherah ( Cetakan tahun 2002 )

    3 – TUHFATUL AHWADZI BI SYARH JAMI’E al-IMAM at-TIRMIDZI ( RH )
    Jilid ke-7 , Kitab az-Zuhd , Bab ke-11 , Hadist ke-2317 , Halaman 18
    Oleh : Al-Imam al-Muhaddist al-Mubarakfuri al-Hindi ( rh )
    Terbitan : Darul Fikr , Beirut

    4 – JAMI’E al-‘ULUM WAL HIKAM
    Oleh : Al-Imam al-‘Allamah Ibnu Rajab al-Hanbali ( rh )
    Disemak semula oleh : Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Khalaf Yusuf ( ha )
    Hadis ke- 9 ( ms 109 ) & Hadis ke-11 ( ms 138 )

    5 – AL-MUSTAKHLAS FI TAZKIYAH al-ANFUS
    Oleh : Al-‘Allamah asy-Syeikh Sa’id Hawa ( rh )
    Halaman 429 – seterusnya.
    Terbitan : Dar ‘Ammar , Beirut – ‘Amman

    6 – TALBIS IBLIS
    Oleh : Al-Imam al-Muhaddist Ibnul Jauzi ( rh )
    Halaman : 122
    Terbitan : Darul Hadist , Kaherah

    7 – HALAL DAN HARAM DALAM PANDANGAN ISLAM
    Oleh : Al-‘Allamah Asy-Syeikh Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
    Diterjemah Oleh : Almarhum Ustadz Mu’ammal Hamidy ( rh )
    Jilid Pertama , Halaman : 22
    Terbitan : P.T Bina Ilmu , Surabaya
    http://media.isnet.org/islam/Qardhawi/Halal/101.html

    8 – PERANAN SUFI DALAM GERAKAN ISLAM
    Oleh : Al-Fadhil Ustaz Lutfi Mustafa El-Batnani ( ha )
    Pengantar Oleh : Tuan Guru MB Kelantan Darul Naim
    Halaman : 152
    Terbitan : Pustaka Syuhada , Sentul Ulu , Kuala Lumpur

    9 – KIAT SUKSES DALAM MENUNTUT ILMU ( Terjemahan Kitab Ta’alimul Muta’allim Toriqut Ta’alum )
    Oleh : Almarhum Syeikh Az-Zarnuji ( rh )
    Diterjemahkan Oleh : Ghazali KH
    Halaman : 24
    Terbitan : Rica Grafika , Jakarta

    10 – KASET : SUKA TANYA YANG BUKAN-BUKAN YANG TIDAK PERLU
    Oleh : Tuan Guru MB Kelantan Darul Naim
    Terbitan : Pustaka an-Nadwah , Terengganu Darul Iman

    11 – KASET : KELEBIHAN DAN ADAB-ADAB MENUNTUT ILMU
    Oleh : Al-Fadhil Ustaz Shamsuri Hj. Ahmad
    Terbitan : Perniagaan Muaz , Seberang Prai.
    Edaran : Perniagaan Monas , Kuala Lumpur .

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s